PATUH DAN TAAT PADA SUAMI
"Wanita yang solehah adalah wanita yang taat perintah Allah dan taat pada suaminya dengan memelihara diri dari berlaku curang serta memelihata rahsia dan harta suami "
Isteri yang baik ialah dengan berkata baik dengan suami dengan bersuara lemah lembut dan bersopan santun,menjaga makan minum suami dan menurut segala kemahuan suami sepeti nafkah zahitr dan batin..
MENGURUS RUMAH TANGGA
Seorang isteri mestilah sentiasa berada dirumah dan tak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin suami dengan sesuka hati..Duduk dirumah bererti bukan duduk diam tanpa melakukan tanggungjawab sebagai isteri dengan mengerjakan tugas2 yang wajib..
BERHIAS UNTUK SUAMI
Bukan sahaja berhias semasa hendak keluar rumah tetapi sebagai isteri haruslah berhias untuk suami..Tujuannya agar suami merasa terhibur.Jika suami pulang dari kerja dan disambut oleh isteri dengan wajah yang berseri2 setra pakaian yang bersih dan menawan bolehmenjadi penawar bagi suami dan bertambah kasih sayang terhadap isteri..
MELAYAN SUAMI
Hubungan seks merupakan penawar untuk menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga..Ia merupakan punca kerohaniaan rumah tangga..Sebagai isteri haruslah menberikan layanan yang baik kepada suami.Isteri tidak boleh menolak jika suami menginginkannya..
Suami soleh :
1.Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2.Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3.Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4.Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
5.Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
6.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
7.Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
8.Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
9.Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
10.Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
11.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
12.Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
13.Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
14.Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
15.Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
16.Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
17.Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
18.Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

No comments:
Post a Comment