I respect those who respect me and forget those who forget me. Simple as that and I don't care what you think about me. I NEVER THINK ABOUT YOU.

BK J

Saturday, 20 October 2012

RED WARRIOR VS ATM


Tahniah buat team kelate kerana telah menjuarai piala malaysia menentang ATM..Gomo klate gomo..tak sia2 tunggu lama-lama..sebenarnya bashie xdak sokong mana-mana team pun saja ja suka-suka join mmbe2 tengok bola sekali...Tengok pemain klate AFIQ AZMI,fuhh hensem wehh..minat pulak kita nehh walaupun bukan dia yang banyak jaringkan gol tapi afiq azmi tetap pilihan hati..hehe..maaf yee piet oow..


Afiq azmi atau nama penuah beliau mohd afiq bin azmi dilahirkan pada 15 januari 1989. Beliau mempunyai ketinggian 1.85 meter dilahirkan di kangar,perlis ..Sekarang beliau bermain untuk Kuala Lumpur tetapi dipinjamkan ke Kelantan untuk aksi piala malaysia 2012..

Lelaki Serius Atau Tidak ? ? ?



Mencari seorang pasangan yang benar-benar serius bukan lahh mudah..Kaum adam sering diragui komitemen mereka apabila terjalinnya penyatuan dua hati ini..Adakah mereka benar-benar serius mencintai kita ???


Ya , Dia Benar Serius !

<3 Hafal sangat <3
semua perkara tentang kita melekat terus dikepalanya..Sepanjang perkenalan dan menginjak ke dalam perhubungan , apa sahaja tentan diri kita semua dia tahu..Daripada tarikh-tarikh penting hinggalah ke makanan favorite kamu !semuanya tip top lahhh..

<3 Orang Pertama <3
Apa sahaja masalah yang kamu hadapi , dia aalah orang pertama yang akan muncul menyrlamatkan kamu..Tidak kira pada waktu siang ataupun lewat malam..Dia sentiasa ada untuk menbantu kamu..Ya, sudah pasti dia berbuat bergitu kerana kamu adalh orang terpenting buatnya..kita dia bagaikan SUPERHERO ANDA!

<3 Teringat - ingat <3
Setiap kali bila berjauhan , pasti sii dia akan terkenang-kenang kamu..Kata orang biar jauh dimata tetapi dekat dihati..Walaupun dia diutara kamu diselatan , dia tidak akan lupa untuk bertanyakan khabar kamu setiap hari..makn minum kamu semua ditanyanya..

<3 Pengkritik tetap <3
Dia adalahcermin kamu ? Setiap apa yang kamu lakukan, pasti dikritiknya..Ingat,kritik bukan saja yang negatif kritik juga boleh jadi yang positif untuk memajukan diri kamu..Pemakaian atau pun tingkah laku kamu akan diperhatikan oleh si dia, ini kerana dia amat mencintai kamu, bukan hendak menghalang segala gerak - geri kamu..

<3 Curahan hati itu dan ini <3
Jika dia mula meluahkan apa sahaja berkaitan keluarga ataupun hal peribadi pada kamu, itu sudah menunjukkan dia amat mempercayai kamu sehinggga bolen meluahkan soal keluarga dan peribadinya..Ingat ! lelaki bukanlah jenis yang suka buka masalah sendiri..Oleh itu, hargai dan berpegang lah pada kepercayaanya..

<3 Rencana Matang <3
Hah! ini bermakna si dia betul- betul serius..Apabila dia mula merancang masa depannya bersama kamu , itu tandanya kamu sudah tersenarai dalam urusan 'mesti buat' atau 'mesti ada' si dia..


Oh, Si Dia Tidak Serius !

<3 Rahsia demi rahsia <3
Setiap apa yang berlaku pada dirinya adalah rahsia..Dia mungkin tidak akan bercerita pada kamu tentang masalah yang duhadapinya ataupun luhan hatinya..Nampaknya dia belum yakin dengan kamu lagi..Kamu pula jangan terlalu mendesak untuk dia meluahkan pada kamu..Bila dia sudah merasakan kamu adalah teman paling sesuai pasti dia akan meluahkannya juga..

<3 Tida pernah mengkritik <3
Jangan bangga  kalau si dia tidak pernah mengkritik kamu. Bukanya kamu sempurna dimatanya tetapi itu tandanya dia tidak pernah perduli dengan kamu..Lelaki yang serius dengan kamu tidak akan berfikir dua kali untuk mengkritik ataupun menegur kamu..Tmbahan kalau kamu ada buat salah pasti akan ditegurnya..Jika dia tidak serius , dia akan buat tak tahu sahaja..

<3 Lama tunggu <3
Pernahkah kamu mengalami situasi dimana kalau kamu call atau sms si dia, lama untuk dia angkat atau menbalas sms kamu ? Jika pernah berhentilah berharap padanya kerana sesibuk mana pun jika orang tersayang menalifon atau menghantar sms , pasti dia akan telefon kembali tapi kalau tiada respons,hmm faham-faham sajalah..

<3 Pujian melangit <3
Setiap hari, pasti ada saja pujian yang dilemparkan pada kamu..Walaupun pada hari itu kamu tidak secantik mana, si dia akan tetap memuji kamu ..Opps, dengar pula dia memangil kamu 'baby' atau 'yang'. Oh jangan terkejut kerana dia juga melakukan perkara yang sama pada perempuan laen!!






Friday, 19 October 2012

Sssssssss...Pedasnya Cili

Makan cili boleh kurus ? benarkah ?
Pedas.Terangkat! Makan pedas barulah sedap kan. Pasti ramai yang bersetuju bahawa makanan pedas memang enak untuk dinikmati..Makanan yang kurang rasanya, jika ditambah cili pasti membuka selera..

KEBAIKAN MAKANAN PEDAS !

1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

...sOdap neyhhhhhhh...


Thursday, 18 October 2012

Keep smile :)

Some people are too tired to give you a smile, so give them one of yours as no one needs a smile as much as the one who has no more to give.

Friendship starts with a SMILE






Monday, 15 October 2012

ward 6b

Esok bermulalah rutin harian saya sebagai seorang pelatih jururawat..hehe..start esok bashie kena kat ward 6B( ward mata ) wahh2,seronoknya..boleh ambik cross banyak2 sebab kt ward tuu ada banyak procedure untuk sem5..YEAHH!!!semuannya berkaitan dengan mata..macam2 penyakit mata boleh jumpa kat situ..Cataract, trachoma, diabetic retinopathy, glaucoma, loss of vision, retinal diesease dan macam2 lagi lahh..Hohoho!Antara procedure2 yang bashie boleh buat kt ward tuu macam eye swabing, eye irrigation, assist n prepare patient for eye examination, instillation of eye drop, eye ointment, eye bandaging dan juga eye swab for specimen..banyak jugak tuhh..hehe..









 

orientation day :)

...Assalamualaikum...

Hari nie kat hospital ada sesi orentasi ward..So, xmasuk ward lah arini..hehe..just duk kt dewan dengaq taklimat dari nurse control infection n taklimat kebakaran..Daqi pkoy 8 sampai pkoy 12.30..lama ohh..Sepatutnya orentasi minggu pertama neh smingu keja kt ward baqu nak wt orentasi..Hasih!!apalah ospital nehh..apapun sqonok jugak laa sebab dapat pengetahuan lebih tentang pencegahan pnyakit masa qeja kt kawasan hospital..

sebahagia dari kawasan hospital

nie masa tunggu nak masuk bilik kuliah



dalam bilik kuliah

tengok tuu.kak limah baru blajaq buat mulut ikan kembong.hehe


Sunday, 14 October 2012

Isteri solehah, Suami soleh :)



Isteri solehah :

PATUH DAN TAAT PADA SUAMI

"Wanita yang solehah adalah wanita yang taat perintah Allah dan taat pada suaminya dengan memelihara diri dari berlaku curang serta memelihata rahsia dan harta suami "
Isteri yang baik ialah dengan berkata baik dengan suami dengan bersuara lemah lembut dan bersopan santun,menjaga makan minum suami dan menurut segala kemahuan suami sepeti nafkah zahitr dan batin..

MENGURUS RUMAH TANGGA

Seorang isteri mestilah sentiasa berada dirumah dan tak boleh pergi ke mana-mana tanpa izin suami dengan sesuka hati..Duduk dirumah bererti bukan duduk diam tanpa melakukan tanggungjawab sebagai isteri dengan mengerjakan tugas2 yang wajib..

BERHIAS UNTUK SUAMI

Bukan sahaja berhias semasa hendak keluar rumah tetapi sebagai isteri haruslah berhias untuk suami..Tujuannya agar suami merasa terhibur.Jika suami pulang dari kerja dan disambut oleh isteri dengan wajah yang berseri2 setra pakaian yang bersih dan menawan bolehmenjadi penawar bagi suami dan bertambah kasih sayang terhadap isteri..

MELAYAN SUAMI

Hubungan seks merupakan penawar untuk menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga..Ia merupakan punca kerohaniaan rumah tangga..Sebagai isteri haruslah menberikan layanan yang baik kepada suami.Isteri tidak boleh menolak jika suami menginginkannya..

Suami soleh :

1.Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2.Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3.Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4.Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
5.Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
6.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
7.Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.


8.Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

9.Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
10.Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
11.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
12.Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
13.Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
14.Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
15.Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
16.Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
17.Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
18.Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

cantiknya bila bertudung :)

Menutup aurat merupakan kewajipan utama setiap orang Islam. Bagi kaum wanita, macam kia-kita neh wajib  menutup seluruh badan selain muka dan dua pergelangan tangan apabila berada di hadapan lelaki bukan mahram. Ini bermakna bahagian kepala wanita termasuk rambut dan telinga adalah wajib ditutup.

Antara cara yang digunakan untuk menutup aurat di bahagian tersebut adalah dengan memakai tutup kepala
yang lebih dikenali sebagai tudung :)

Bashie amat tertarik dengan diana amir..bertapa cantiknya diana bila mengayakan tudung..sekarang ni pulak shila amzah..Alhamdulillah,makin hari makin ramai artis yg bertudung termasuk juga bashie,hehe tapi bashie bukan artis laa..






Baru bashie dapat rasa nikmat ataupun kebaikan memakai tudung..bashie rasa selesa sangat..sebelum2 nie kekok sebab malu bila nak berhadapan dengan org tanpa tudung.rasa ganjil..kadang tuu malu dengan budak2 kecik yg bertudung..Tapi skarang bashie rasa lebih yakin dengan diqi bashie..bashie buat semua ini bukan untuk diri bashie saja.tapi untuk ayah bashie jugak..bashie xsanggup lagi tengok dia nak tangggung dosa2 bashie..selangkah kita keluaq umah tnpa tutup aurat,selangkah kaki ayah kita ke neraka..ingat tuu ! :)



Nak tau apa sebab-sebab prempuan cantik bila bertudung ???
sebab2nya ialah :

1. Sebab dia nak tutup aurat..

2. Sebab dia nak jaga maruah..

3. Sebab dia cantik..

4. Sebab dia taknak tunjuk kecantikan dia..

5. Sebab dia seorang yang pandai..

5. Sebab dia anak solehah..

6. Sebab dia dengar cakap mama ayah dia..

7. Sebab dia hormat dekat orang lain..

8. Sebab takut bila dia tak pakai tudung nanti orang tgk dia cantik.. Pastu ada niat yg tak baik.

9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..

10. Sebab taknak menyusahkan orang lain..

11. Sebab nanti dia dapat pahala..

12. Sebab dapat menghindari maksiat..

13. Sebab supaya dpt jadi contoh pada perempuan lain..

14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yg suka dia..

15. Sebab dia dengar suruhan nabi...

16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..

17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Sebab patuh pada suami..

19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dgn bara2 api dan dibakar dgn dasyat kat akhirat kelak.




Ibu lebih utaman dari ayah :)




Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

 Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?

Jahimah menjawab: “Ya.

Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]

 Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

 Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:

Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
  1. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  2. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]

 Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.

Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.

Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?

Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).[4]

  4.   Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.

Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.

Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).

Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]

  5.   Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.

Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada AllahSubhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.

(copy&paste)

Friday, 12 October 2012

kejamnya aku!!!!!

Salah kah ??? salah kaa aku buat xtau jaa kt nenek tadi..Ya Allah berdosanya aku..tergamakkn aku buat nenek mcm tuu..

nenek mintak bashie temankn dia kt hospital tapi bashie xtemankan..kesian diaa..dia nak sangat bashie teman dia..puas dia pujuk bashie.."adek,adek temankn tok malan nie boleh ?adek tidoq laa dengan tok malam neh..tok susah ht dok sowg2..boleh ya dek"

Ya Allah.bashie qasa serba salah sangat tadi..tak tau bashie nak jawab apa..bashie menmang nak sangat jga nnek tu,tapi susah..bashie dok subang..bukan dekat subang nak ke Hospital Selayang..kalau bashie temankn tok nanti macam mana bashie nak balik..xkan bashie habis shif terus nak dok situ ???dengan beruniform..ya allah..buntu bashie..kesian sangat dekat tok..tiap haqi bashie duk melayan tok wlaupun tok bukan patient bashie..tak tergamak nak cakap xboleh..dari tadi tok dok tunggu jwapan bashie,tapi bashie laqikan dqi daqi dia..bashie xtergamak nak ckap tak boleh..samapi sekarang bashie qasa bersalah sebab buat tok tunggu jwapan bashie sedangkan masa tu bashie balik senyap2...."MAAF TOK :'(


Thursday, 11 October 2012

roster ! roster ! roster !


kalau gini gak mampuh wehh!penat!tkar xabeh roster..ore syiok2 nop mraso g hospital sg.buloh dok jd plop..bose wehh!

Tuesday, 18 September 2012




           I want you to know how much I appreciate all of the things you do for me..You make me feel needed, wanted, and cared about..When you say you will never lie to me I believe you. You are absolutely amazing..The most amazing person I have ever met. You always make sure I'm smiling, laughing, and having a good time. When I am in your arms I feel so safe and it makes me think I am the luckiest girl in the world to have such an amazing boyfriend..Already many times you crying because of me, I am overwhelmed..how sincerely you love me .. I really appreciate it..I want to spend the rest of my life with you. You have the most beautiful eyes and the most caring heart. For once in my life I feel beautiful and wanted..It is unbelievable how I can be myself around you and feel so close to you, I feel like I have known you forever..I couldn't imagine my life without you, I couldn't imagine going to bed and waking up without you next to me. I love looking back and thinking of the way we met and how it all started..
...Assalamualaikum...

okay.harinie bashie ada midterm subject GIT..semuanya 30 soalan jer..haha.tu pun 17 jaa yang betoi..terok kan!!padan laa xstudy langsung..macam mana lahh nak LJM nanti lagi banyak 100 soalan tuhh..mampos ! apapun i do my best wlaupun hentam saja tadi...

iamNEETA - Tuhan Tolong Aku | Official Music Video

Enjoy this song :D

Monday, 17 September 2012

raya ! raya ! raya !

ASSALAMUALAIKUM :)

macam biasa setiap kali jalan mana2 jaa mesti bashie bergambaq,tapi kali nie bashie dengan membe dijemput ke umah berbuka pak cik manan..haha,sebenaqnya pkcik suruh p awai2 pagi.tolong2 masak tapi maklumlaa bgun tdoq pun lambat.So,dalam pkul 12 baqu thegeh2 bersiap..lpas tu syila datang ambk..sampai jaa depan umah pkcik fuhhh!malu gilaa..tgk budak2 kelas yg laen smua pkat tlg pkcik..bashie jaa sampai2 terus makan..tapi xpa bukan tak penah tlg pun sbelum nehh..then,lepas hbis balik dengan pak Husin.TAMAT








Saturday, 1 September 2012

31 OGOS 2012



...ASSALAMUALAIKUM...

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! apa sbnarnya erti merdeka tuu yaa???mesti diantara kita akan cakap merdeka tu bebas,bebas dari peperangan dan penjajahan..Yupp.tu memang betul..Merdeka tu bermakna kita bebas bukan sekadar daripada pnjajahan fizikal malah daari aspek spiritual dan juga mental..

 Erti kemerdekaan yang bebenar-benarnya ialah kita membebaskan diri kita daripada cengkaman kuasa asing, seterusnya kita sebagai raskyat haruslah berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah...okey lahh,sempena kemerdekaan ke-55 pada tahun nie bashie n the geng turut serta meraikan hari kemerdekaan jugak iaitu d'dataran merdeka..hehe..memang enjoy gila..

Bukan saja rakyat kita,banga2 asing pun ada jugak kat sana..kami semua sama2 memeriahkan hari tersebut..tengah2 panas pun tetap bersemangat..apapun bashie memang tersangatlah happy sebab nie la kali pertama bashie sambut dengan semeriah tuu..hee
















WE ARE PROUND TO BE MALAYSIA :D